December 30, 2010

MASIH ADA YANG INGAT AKU, 
MASIH ADA YANG SEDIH BILA AKU NAK PERGI, 
MASIH ADA YANG TAKUT LEPASKAN AKU,
DAN MASIH ADA YANG SAYANGKAN AKU...

TERIMA KASIH DAN SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN. HANYA ITU YANG MAMPU DIUCAP TIKA INI.

SAYA SAYANG KAMU SEMUA. 

December 27, 2010

K.A.W.A.N

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.....

kata atuk,
KAWAN tu seperti air,
terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan,
dipuja dan disanjung tp nun jauh di
sana....

kate sedare,
KAWAN tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia ibarat Lebah, umpama Bunga Ros, seperti Air, bak Bulan, seperti Lembu, tak ubah macam Durian dan macam Biskut....
dia tetap KAWAN...

Ingatlah Sahabat....Persahabatan ibarat janji yang dibuat di dalam hati...ianya tidak dapat ditulis..apatah lagi untuk dibaca...namun ianya tak akan terpisah dek jarak masa dan ketika....Sekali kita bersahabat ianya kekal selamanya....

kekal abadi selamanya...

Siti-2 yang patut DICONTOHI

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah,
setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan
musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua
Hira'.


2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd
suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1
bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan
maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau
akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang
mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg
tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah'

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi
insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana
setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul
oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik
utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup
membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai
hanya niat kerana Allah s.w.t.