November 6, 2011

Tak terungkap

Cinta , kasih , sayang , benci dan rindu semua nya boleh diungkap tetapi mengapa perpisahan dan derita akibat cinta tidak mudah diungkap kerna kita pasti akan lalui ianya juga . Bila gembira pasti akan sedih , bila gelak pasti diakhiri dengan tangisan itulah hidup aku . Setelah kebenaran dibisikkan ke telinga , hati ku gugur umpama musim luruh melanda dan pabila setiap tutur kata kau ucapkan amat menyakit kan , tiada gunanya bicara dalam kekecewaan . Mungkin bagi kau pemergian aku adalah satu anugerah kerana selama ini  kau tidak pernah mencintai aku , aku hanya bertepuk sebelah tangan . Walau apapun terjadi aku harus tabah menghadapinya :D



Memori bahagia buat seketika

Hari itu sungguh aneh. Aneh sekali. Segala yang aku lakukan berkaitan dengan diri kau. Dari pagi aku menyebut-nyebut kau pada teman-teman. Tengah hari, ingin sekali aku menanyakan khabar berita dari kau tapi ku tahan diri ini. Malam aku bergurau menyebut-nyebut kau lagi. Sehingga lah pada jam 3 pagi itu.. Segala-galanya seperti mimpi. Panggilan dari kau begitu memeranjatkan. Sangat memeranjatkan. Kita berbual persis dahulu. Sungguh tak dapat aku bayangkan perasaan aku tika itu. Sungguh aku tak tipu. Sehinggakan mutiara jernih yang pernah terbit itu kembali beraksi kerana kamu. 2Jam.. Pelbagai yang kita bualkan dan dalam tempoh itu jugalah bermacam perasaan yang aku rasai. Gembira, sedih, sakit, takut, cemburu, bahagia dan bermacam lagi. 2Jam yang mencatat sejarah terindah dalam hidup aku. Kau kembalikan segalanya. Kau sambungkan kembali puzzle dihati aku yang pernah tergambar wajah ksu walau selepas itu ia akan kembali tercerai. Tidak, aku tak berharap sama sekali. Tapi jauh di sudut hati aku, terselit  harapan kita akan bersama semula hingga ke akhirnya. Maaf sayang. Buat masa sekarang, tiada lagi yang boleh mengambil tempat di hati aku. Maaf aku tetap sayang kau dan kau bersama kenangan kita akan  kekal tersemat rapi dalam hati ini. Andai ditakdirkan itulah perhubungan terakhir antara kau dan aku, aku hanya ingin ucapkan terima kasih. Terima kasih untuk segalanya wahai sang mantan. Terima kasih pernah menghuni hati aku walau sekejap. Terima kasih telah meninggalkan tapak di hati aku. Terima kasih pernah menjadi sebahagian dari aku. Terima kasih mengajar aku mengenal erti cinta. Terima kasih mengizinkan aku menjadi cinta pertama kau. Terima kasih buat aku faham erti 'Couple doesn't means anything but love means everything'. Terima kasih untuk segala-galanya sayang.  Aku akan tetap sayang kau sampai aku mati. Sekali lagi, terima kasih :)