November 5, 2010

16th Annivesary

assalamualaikum

tgk tajuk entry! 16th annivesary? siapa? saya? oh tidak sama sekali. dont get worry lah, Im still single but currently not available lah, sorry haha. apa aku melalut ni? perasan lebih lah kau ni nina haha :p

Okay lah, lets staraight to the point. Act, that annivesary was celebrated yesterday by my tayunk tayunk buchux *amboi ayat aku haha* abah and mama. senang cita annivesary dorg yg ke-16 lah. lama dah dorg bersama kan? sweet je aku tgk ^^ sweet ker? haha, mulot lupa beli insurans mcm ni lah :p btw, no wonder plak annivesary mama abah aku sama dgn birthday mak sabrina a.k.a RUZILAH ANUAR haha. aku bru thu weh sab! haha 4th of November but lain tahun lah haha :p *banyak plak haha aku! ;D*

but it just a normal annivesary. abah pon aoutstation kt sabah kan. mcm biasa lah, mama call abah tanya ingat tak hari ni hari apa, abah ckp nape tak ingat, then mama bagitahu dgn nada yg dah agak dah abah mesti tak ingat, then bah buat suprise kt Fb mama, mama pon malu malu kerbau, then mama pon post gak happy annivesary kt abah on Fb, then THE END haha :p best kan mama abah aku sambut annivesary dorg? ;D

tgk dorg annivesary ni, tak saba pulak aku nak kawen! haha. *menggeletisnya kau nina!* haha. apalah, kejar cita dulu nina, baru cinta. tak payah risau, Allah dah sediakan dah jodoh utk kau just tggu bila je jodoh tu nak dtg WAH! haha.

okaylah, jauh dah aku meraban ni, kalau dibiar ntah apa apa aku cite lg kang. langsung lari dr tajuk haha. TO MAMA&&ABAH, yall the best i ever had! nothing in the world can ever take yall place! Im so proud to be yr daughter haha! till then, HAPPY 16th ANNIVESARY, may Allah bless yr life together forever and ever yeahhh! haha LOVE YALL TILL LAST BREATHING! <333

before i leave, nah mama abah! hadiah curik dr google images especially fr yall haha. stay happy! :DD




thanks&byee peeps;)

November 4, 2010

Wanita Solehah, do not worry :)

assalamualaikum :)
saya sangat berminat article ini yg saya petik dr blog bayyinat. so saya pun berminat la nak dikongsikan dgn readers :D renungkanlah ye...


( Wujudkah kesempurnaan dalam cinta? )

Saya nak tanya kamu. Betulkah perempuan-perempuan yang tak cantik tak laku? Saya lihat kawan-kawan saya yang cantik-cantik semuanya ada boyfriend.
Mesej dari YM itu saya tatap lama-lama. Berfikir. Saya tidak nafikan. Saya juga perasan yang lelaki menyukai wanita cantik. Dengan penuh hati-hati, setiap urat persoalannya saya jawab. Moga dia berpuas hati. Kali ini, izinkan saya berkongsi dengan anda, para warga Bayyinat tercinta.

Rasulallah s.aw bersabda : 'Perempuan itu dinikahi kerana 4 perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama. Nescaya kamu akan bahagia'- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Allah ciptakan makhluknya itu berpasangan. Ini disebutkan dalam Surah An-Naba' ayat 8- 'Dan Kami ciptakan kamu berpasang-pasangan'. Lelaki pasangannya wanita. Maka, menjadi suatu yang normal sekiranya lelaki menyukai wanita, dan wanita juga tertarik kepada lelaki.

Suka-Suka atau Suka?
Satu soalan perlu kita tanya kepada diri kita. Adakah tarikan ini, kerana suka atau kerana mahu bersuka-suka?

Dalam diri seorang wanita, ada 4 perkara utama yang menarik lelaki. Ini disebutkan dalam hadis diatas. Lelaki akan menyukai wanita kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Semuanya bermotif dan ada kepentingannya.

Lelaki yang mencari gadis kaya, mereka kadangkala hanya mahukan harta gadis itu. Lelaki yang mencari gadis yang berasal dari keluarga berada, kadangkala ada niat politik dan kepentingan peribadi disebaliknya. Sama juga dengan wanita cantik. Lelaki secara umumnya mahukan wanita yang cantik, kadangkala sekadar untuk dia bersuka-suka, bermegah-megah, dan menunjuk-nunjuk.

Tapi..
Percayalah cakap saya, bahawa lelaki yang baik, yang soleh dan yang benar-benar jujur mencintaimu (para wanita), tidak akan melihat bagaimana rupamu. Mereka juga tidak kisah dengan hartamu. Dan mereka juga tidak peduli dengan status keluargamu.

Mereka lebih mencintai kesederhanaan daripada kekayaanmu.

Mereka lebih mengkagumi keramahan dan kasih sayang dalam keluargamu, daripada status keluargamu.

Mereka lebih mengimpikan kecantikan akhlakmu, daripada kecantikan rupamu.

Semua ini datang daripada agamamu.

Kecantikan manusia, boleh luntur. Jika ditakdirkan Tuhan, kamu eksiden lalu berparut muka, adakah si dia akan masih menyintaimu lagi?

Kekayaan harta, boleh habis. Jika suatu hari, kamu dilanda masalah kewangan, adakah dia akan masih setia?

Keturunan juga begitu. Jika ditakdirkan Tuhan, keluargamu difitnah orang dengan fitnah yang menghinakan. Lalu setiap orang memandang hina keturnanmu. Adakah si dia akan bersamamu lagi?

Tapi jika dia memilihmu kerana agamamu, InsyaAllah kamu bahagia. Kerana dengan agama, kamu memiliki segalanya. Harta yang sedikit sudah terasa cukup. Hidup yang sederhana sudah terasa sempurna. Wajah yang biasa-biasa juga sudah terasa cukup menenangkan.

Kesimpulan
Jangan risau. Mungkin kamu tidak cukup menarik untuk cinta monyet, kerana Tuhan mentakdirkan bahawa cintamu milik hambaNya yang Dia kasih. Jadilah hamba-Nya yang soleh/solehah. Itu lebih utama.

 Saya cuma nak cakap, bahwa saya juga ialah salah seorang lelaki yang meletakkan syarat 'agama' sebagai yang teratas.



thanks&byee peeps :)

November 2, 2010

P E N G H I J R A H A N

assalamualaikum

Insyallah, aku bersedia untuk itu. sekian lama aku memikirkannya, akhirnya Allah membuka hati ini untuk berterusan mencintaiNya. ku masih dalam proses. aku sudah berazam. sudah ku tekadkan hati untuk tidak berpaling lagi. tiap malam sebelum tidurku, fikiran ini merayap mengenang segala dosa yg telah dilakukan. air mata mula menitis. timbul kesedaran tapi mengapa hanya sementara? hari hari bertekad, hari hari berazam, tapi mengapa jasad payah melaksanakan perintahnya? mengapa hati sering bermalasan untuk menuruti perintahnya?

tidak! tidak lagi! aku tak ingin lagi berhijrah sekadar di mulut. Ya Allah! benar kata kak rozi. bukan senang untuk berubah. tidak semudah lisan berkata. tetapi mengapa setiap celiknya mata, terbit kembali rasa itu. rasa yang dirasakan sebelum ku melelapkan mata. Ya Allah! kuatkanlah aku. bantulah aku. jangan lah kau palingkan kembali imanku. aku tak ingin terus begini. terumbang ambing tanpa arah tuju yang pasti. Ya Allah, aku sentiasa mengimpikan syurga mu. tetapi sering kali terlintas di fikiran, layakkah aku? layakkah aku bersama Mu dan kekasihmu di Jannah Mu dengan keadaan sebegini? tapi, tidak pula aku dengan rela walau sezarah pun menanggung azab neraka Mu, Ya Allah.

Dengan itu, bantulah aku Ya Allah. kepada siapa lagi ingin ku menagih pertolongan melainkan Mu Ya Allah. berikanlah ku hati yg tidak asyik melakukan zina hati, berikanlah aku jasad yg sentiasa ringan untuk sujud kepada Mu, berikanlah aku mulut yang sentiasa dihiasi dgn zikruluallah dan ikhlaskanlah aku dalam semua perkara yang aku lakukan hanya niat kerana Mu, Ya Allah.

Insyallah, aku bersedia. ya! aku bersedia! Insyallah.. segala galanya dengan izinNya...

okay cukup sampai di sini. taknak lah nanti dilabel pula sebagai pelakon atau munafik kerana hanya berani 'bertaubat' di sini. lebih baik bentang sejadah, sujud, dan berdoa semahu nya kepadaNya. menangis, mengadu kepadNya lebih memberi kepuasan kepada diri ini. okaylah, assalamualaikum :)




thanks&byee peeps :)

Wafatnya Insan Pembawa Rahmat

video

These are the moments that happen when prophet Muhammad  صلى الله عليه وسلم‎ last breath

O Allah, forgive us that have been long forgotten Muhammad, your last massenger... Astaghfirullahalazim :"(





thanks&byee peeps :)

November 1, 2010

A B A H

Bismillahirrahmanirrahim





Ya Allah, kau lindungilah abah sepanjang ketiadaannya bersama ku. Kau panjangkan umurnya, Kau ampuni segala dosanya, Kau biarkan dia pergi dan pulang dengan selamat. Janganlah kau biarkan apa apa yang buruk terjadi kepadanya. Makbulkanlah doaku, Ya Allah. Hanya padaMu aku memohon. Amin Ya Rabbal Alamin...

abah, take care eh? baca bacalah apa yg patut sebelum flight. nanti kat Sabah abah jgn lupa solat kay? Nina doakan abah selamat balik dan selamat pergi. Nina sayang abah sgt. Ya, Nina mmg tk suka abah outstation sbb Nina tk suka abah jauh dr Nina. tp Nina phm abah keje, cari rezeki untuk kitaorg. abah jgn isap rokok byk sgt kt sana tau. Nina sayang abah tu sbb Nina tk bagi. Okay lah. ingat, Nina sayang abah so take a very good care of yrself eh bah? jgn lupa souvenier hehe ;p Will miss you Abah. LOVE YOU, as much as salt BYEBYE

p/s: menulis dgn linangan air mata yg menemani, biasalah anak abah 



thanks&byee peeps :)