December 12, 2011

Aku dan Ombak Rindu

Assalamualaikum.

Dua kali okay! Dua kali dah aku menonton filem kutipan RM4juta iaitu Ombak Rindu dengan my mom and siblings.
Aku sebenarnya tak minat cerita sedih-sedih ni tapi mama tahu-tahu ajer ler..asam garam  kehidupan dia filem-filem nangis, romantis.

Aku peminat jenis filem ganas, hantu dan thiller. Tapi hal-hal macam ni aku kalah, so 2kali
aku tonton filem Ombak Rindu!!!
Dan aku nak tengok ramai kata menangis gila tonton cerita ini...samada aku nangis tak..heheheh

Aku kasi 5 bintang!!!! memang best cerita ni.
Berkisar kisah percintaan Haris dan Izzah yang ditemukan disebuah sarang pelacuran.. Dan akhirnya mereka jatuh cinta
dan berkahwin dan melalui halangan percintaan rahsia mereka.


Mula-mula tengok sedih gak lihat Izzah ( Maya Karin) kena buli ngan Haris ( Aaron).
Sebagai contoh ayat masa Izzah tengah pegang kucing:

Haris berkata" Sekarang ni kau pelihara kucing"
Izzah jawab" hah!! bosan duduk sorang di rumah"
"Apa nama kucing kau" tanya Haris.
"Comel" jawab Izzah lagi.
"Apa lerr...kasi ler nama moden macam Molly, Polly, Jolly ker"
Lebih kurang macam tu ler ayatnya...

Selepas dah sayang-sayaang, datang lak si Mila ( Lisa Surahani), dan bermulalah tragis percintaan  mereka.
Aku hampir nak menangis ( belum nangis yekkkk.. ) bila lihat babak ini...
Bila Haris datang rumah Pak dollah yang nak pergi haji,terjumpa Izzah yang begitu lama mereka tak jumpa setelah Haris kahwin dengan Mila.
Memang dahsyat rindu Haris dan ayat power tahap lalak kalau pompuan dengar.
Dan memang aku dengar semua perempuan kat pawagam menangis.
Aku rasa babak tu paling hebat !!

Akhirnya mereka disatukan dengan Mila minta cerai. Aku tak nak cerita detail kang tak best. Yang penting happy ending!!

Kesimpulannya cerita ni memang penuh dengan tangisan air mata, samada kau tahan tak tahan jerrr...
Tapi aku berani jamin, kalau perempuan tengok mesti nangis.
Kalau tak nangis, aku kasi giveaway RM100...ada brannn

Lagi satu yang buat cerita ni best kerana pelakunnya. Maya Karin memang hebat membawa watak perempuan kampung yang taat pada suami.
Manakala Aaron lak awesome sebagai pencinta yang hebat... Kau orang mesti cair punya..
Lisa pula, dengan watak antagonisnya memang menjadi...

Aku memang rekemen kau orang tengok cerita ni..
Kalau lelaki...bawa makwe kau...ada banyak unsur-unsur taat pada suami..kekekeke.

Ceritanya, mama nak tengok lagi you know! Dia ajak abah pegi berdua denagn dia je. Dia kata bawak kiterang kacau daun. Okaaaaaaaaaay ma ;) Mama nak perasan jadi Izzah lettew hikhik


baru sikit tuu ;)


No comments:

Post a Comment

nak kata