June 3, 2012

maaf


Bila kita dah buruk di mata orang,
apa kita buat pun, hatta benda baik sekali pun,
hanya dianggap sampah. dianggap kita berpura-pura. munafik katanya. tambah sedih, kita disiksa dengan kata-kata sindiran yang sangat tajam. kesalahan tidak diperbetulkan, tetapi hebat menjatuhkan hukuman, dan tidak pula ditanya sebab perlakuan.

kita? hanya mampu senyum dan cuba untuk, hm, buat lagak selamba. tapi betapa setiap kali ingin berkata mahupun bertindak, semua serba tidak kena. takut-takut, tambah buruk kita di matanya. takut-takut, lagi tajam kata sindirnya.
nanti dikata pula kita meminta simpati. dikata, hatinya sakit akan laku kita sebelum ini.

ya, salah kita. laku kita buruk, tidak seindah lakunya dia. kita bawak diri bukan sebab kita marah, bukan kita nak lari dari masalah, kita bawak diri untuk perbetulkan salah. kita malu untuk berdepan semua, sebab sudah tercanang buruknya kita. ini yang terbaik.

terpulang pada dia untuk kata apa lagi selepas ini. adakah masih ada silaturrahim atau tidak lagi. kita penat sangat. penat tanggung dosa. Maaf. kita minta maaf. maaf tersangat maaf


No comments:

Post a Comment

nak kata