assalamualaikum
Insyallah, aku bersedia untuk itu. sekian lama aku memikirkannya, akhirnya Allah membuka hati ini untuk berterusan mencintaiNya. ku masih dalam proses. aku sudah berazam. sudah ku tekadkan hati untuk tidak berpaling lagi. tiap malam sebelum tidurku, fikiran ini merayap mengenang segala dosa yg telah dilakukan. air mata mula menitis. timbul kesedaran tapi mengapa hanya sementara? hari hari bertekad, hari hari berazam, tapi mengapa jasad payah melaksanakan perintahnya? mengapa hati sering bermalasan untuk menuruti perintahnya?
tidak! tidak lagi! aku tak ingin lagi berhijrah sekadar di mulut. Ya Allah! benar kata kak rozi. bukan senang untuk berubah. tidak semudah lisan berkata. tetapi mengapa setiap celiknya mata, terbit kembali rasa itu. rasa yang dirasakan sebelum ku melelapkan mata. Ya Allah! kuatkanlah aku. bantulah aku. jangan lah kau palingkan kembali imanku. aku tak ingin terus begini. terumbang ambing tanpa arah tuju yang pasti. Ya Allah, aku sentiasa mengimpikan syurga mu. tetapi sering kali terlintas di fikiran, layakkah aku? layakkah aku bersama Mu dan kekasihmu di Jannah Mu dengan keadaan sebegini? tapi, tidak pula aku dengan rela walau sezarah pun menanggung azab neraka Mu, Ya Allah.
Dengan itu, bantulah aku Ya Allah. kepada siapa lagi ingin ku menagih pertolongan melainkan Mu Ya Allah. berikanlah ku hati yg tidak asyik melakukan zina hati, berikanlah aku jasad yg sentiasa ringan untuk sujud kepada Mu, berikanlah aku mulut yang sentiasa dihiasi dgn zikruluallah dan ikhlaskanlah aku dalam semua perkara yang aku lakukan hanya niat kerana Mu, Ya Allah.
Insyallah, aku bersedia. ya! aku bersedia! Insyallah.. segala galanya dengan izinNya...
okay cukup sampai di sini. taknak lah nanti dilabel pula sebagai pelakon atau munafik kerana hanya berani 'bertaubat' di sini. lebih baik bentang sejadah, sujud, dan berdoa semahu nya kepadaNya. menangis, mengadu kepadNya lebih memberi kepuasan kepada diri ini. okaylah, assalamualaikum :)
thanks&byee peeps :)
No comments:
Post a Comment
nak kata