November 4, 2010

Wanita Solehah, do not worry :)

assalamualaikum :)
saya sangat berminat article ini yg saya petik dr blog bayyinat. so saya pun berminat la nak dikongsikan dgn readers :D renungkanlah ye...


( Wujudkah kesempurnaan dalam cinta? )

Saya nak tanya kamu. Betulkah perempuan-perempuan yang tak cantik tak laku? Saya lihat kawan-kawan saya yang cantik-cantik semuanya ada boyfriend.
Mesej dari YM itu saya tatap lama-lama. Berfikir. Saya tidak nafikan. Saya juga perasan yang lelaki menyukai wanita cantik. Dengan penuh hati-hati, setiap urat persoalannya saya jawab. Moga dia berpuas hati. Kali ini, izinkan saya berkongsi dengan anda, para warga Bayyinat tercinta.

Rasulallah s.aw bersabda : 'Perempuan itu dinikahi kerana 4 perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama. Nescaya kamu akan bahagia'- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Allah ciptakan makhluknya itu berpasangan. Ini disebutkan dalam Surah An-Naba' ayat 8- 'Dan Kami ciptakan kamu berpasang-pasangan'. Lelaki pasangannya wanita. Maka, menjadi suatu yang normal sekiranya lelaki menyukai wanita, dan wanita juga tertarik kepada lelaki.

Suka-Suka atau Suka?
Satu soalan perlu kita tanya kepada diri kita. Adakah tarikan ini, kerana suka atau kerana mahu bersuka-suka?

Dalam diri seorang wanita, ada 4 perkara utama yang menarik lelaki. Ini disebutkan dalam hadis diatas. Lelaki akan menyukai wanita kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Semuanya bermotif dan ada kepentingannya.

Lelaki yang mencari gadis kaya, mereka kadangkala hanya mahukan harta gadis itu. Lelaki yang mencari gadis yang berasal dari keluarga berada, kadangkala ada niat politik dan kepentingan peribadi disebaliknya. Sama juga dengan wanita cantik. Lelaki secara umumnya mahukan wanita yang cantik, kadangkala sekadar untuk dia bersuka-suka, bermegah-megah, dan menunjuk-nunjuk.

Tapi..
Percayalah cakap saya, bahawa lelaki yang baik, yang soleh dan yang benar-benar jujur mencintaimu (para wanita), tidak akan melihat bagaimana rupamu. Mereka juga tidak kisah dengan hartamu. Dan mereka juga tidak peduli dengan status keluargamu.

Mereka lebih mencintai kesederhanaan daripada kekayaanmu.

Mereka lebih mengkagumi keramahan dan kasih sayang dalam keluargamu, daripada status keluargamu.

Mereka lebih mengimpikan kecantikan akhlakmu, daripada kecantikan rupamu.

Semua ini datang daripada agamamu.

Kecantikan manusia, boleh luntur. Jika ditakdirkan Tuhan, kamu eksiden lalu berparut muka, adakah si dia akan masih menyintaimu lagi?

Kekayaan harta, boleh habis. Jika suatu hari, kamu dilanda masalah kewangan, adakah dia akan masih setia?

Keturunan juga begitu. Jika ditakdirkan Tuhan, keluargamu difitnah orang dengan fitnah yang menghinakan. Lalu setiap orang memandang hina keturnanmu. Adakah si dia akan bersamamu lagi?

Tapi jika dia memilihmu kerana agamamu, InsyaAllah kamu bahagia. Kerana dengan agama, kamu memiliki segalanya. Harta yang sedikit sudah terasa cukup. Hidup yang sederhana sudah terasa sempurna. Wajah yang biasa-biasa juga sudah terasa cukup menenangkan.

Kesimpulan
Jangan risau. Mungkin kamu tidak cukup menarik untuk cinta monyet, kerana Tuhan mentakdirkan bahawa cintamu milik hambaNya yang Dia kasih. Jadilah hamba-Nya yang soleh/solehah. Itu lebih utama.

 Saya cuma nak cakap, bahwa saya juga ialah salah seorang lelaki yang meletakkan syarat 'agama' sebagai yang teratas.



thanks&byee peeps :)

No comments:

Post a Comment

nak kata